Back
Agensi Titian Jaya banner company

Agensi Titian Jaya

1-50 Employees · Banking / Finance

About Agensi Titian Jaya

Agensi Titian Jaya merupakan agensi yang bernaung di bawah Great Eastern Takaful Sdn Bhd ( yang telah dianugerahkan “ The Best New Takaful Operator 2011 & 2012 ”).
 
Semua produk yang ditawarkan adalah produk perlindungan takaful. Antaranya pelan simpanan haji/umrah (i-Great Amal), pelan perlindungan kad perubatan (i-Great Damai + i-Medik), pelan simpanan pendidikan (i-Great Iqra) and pelan perlindungan asas (i-Great Teras).

Dalam usaha untuk meneroka pasaran yang kompetitif, Agensi Titian Jaya telah  melahirkan ramai perunding yang berjaya serta berdaya saing dan berani menyahut cabaran. Agensi Titian Jaya turut mempunyai inspirasi untuk membina reputasi yang dinamik, berwawasan dan berupaya mendidik orang awam terhadap kepentingan perlindungan takaful.

Dengan itu, pihak kami mempelawa individu yang bercita-cita tinggi dan bersedia melakukan anjakan paradigm untuk mengubah gaya hidup.  Agensi Titian Jaya menawarkan sistem latihan yang berterusan dan komprehensif. Semangat kerja berpasukan sentiasa diutamakan dalam falsafah pembinaan agensi. Insentif yang menarik juga ditawarkan kepada perunding takaful baru supaya melangkah dengan lebih mudah dalam kerjaya ini.

Agensi Titian Jaya Business Information

Company Name

Agensi Titian Jaya

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Banking / Finance

Company SSM No

-

Job Vacancies

0

Company Website

Agensi Titian Jaya Company Address

5-2, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong Puchong 47100, Malaysia