Back
Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf banner company

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

Company SSM No 002016310-P · <50 Employees · Arts / Design / Fashion

About Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

Butik AisyAsyraf merupakan sebuah Butik Jubah Lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah. Butik Jubah ini berasaskan perusahaan / perkhidmatan / pembekalan jubah yang memberikan peluang kepada pemakai jubah lelaki di Malaysia untuk mengamalkan pakaian Sunnah Nabi SAW.

Jenama AisyAsyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. Jubah dari Butik AisyAsyraf direka khas secara eksklusif dengan rekabentuk yang diilhamkan mengikut cita rasa masa kini. Jubah di Butik AisyAsyraf juga direka bukan sahaja untuk kaum muda bahkan ianya turut sesuai dipakai oleh kaum tua. Ianya juga berlainan dengan jubah-jubah yang lain, yang mana Jubah AisyAsyraf mempunyai keistimewaan dari segi potongannya yang pasti membuatkan pemakai lebih tampan dan bergaya.

Selain itu, Jubah AisyAsyraf juga mempunyai material yang selesa, tidak panas dan senang dijaga. Fesyen Jubah AisyAsyraf juga boleh dipakai tidak kira tempat atau masa iaitu ia boleh dipakai ke masjid dan ianya juga sesuai dijadikan pakaian Hari Raya dan ke majlis-majlis keraian. Harga Jubah di Butik AisyAsyraf adalah berpatutan bersesuaian dengan materialnya dan potongannya yang menarik. Selain daripada jubah, Butik AisyAsyraf juga menyediakan pelbagai jenis pakaian dan aksesori lelaki yang lain. Antaranya Baju Raihan Eksklusif, Kurta Lelaki, Jubah Wanita dan lain-lain.

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf Business Information

Company Name

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf

Company Type

Small-Medium Enterprize

Company Size

<50

Industry

Arts / Design / Fashion

Company SSM No

002016310-P

Job Vacancies

0

Company Website

Company Social Media

social media

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf Company Address

3-27-03A, 8, Business Park, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia