Back
Az Zuha Travel & Tours Sdn Bhd banner company

Az Zuha Travel & Tours Sdn Bhd

Company SSM No 974805-M · 51-200 Employees · Travel / Tourism

About Az Zuha Travel & Tours Sdn Bhd

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tanggal 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA TRAVEL & TOURS SDN BHD bertempat di alamat No.1332-A, Jalan Serai Wangi 13/6 Taman Serai Wangi 2, *9400 Pdanag Serai, Kedah. Pada tahun yang sama, syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Pada tahun 2013 iaitu setahun selepas penubuhannya, Alhamdulillah AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD telah berjaya membuka cawangan pertama di No.5 Jalan Seri Putra 1/3, Bandar Seri Putra, *3000 Kajang, Selangor. Bagi memudahkan urusan pihak pengurusan, cawangan ini telah ditukarkan menjadi ibu pejabat syarikat atas faktor kedudukannya yang lebih dekat dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu bandar pentadbiran dan Ibu Negara Malaysia.

Pada tahun 2014, dua tahun selepas operasi di Padang Serai, AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD telah berjaya membuka satu lagi cawangan baru iaitu di Shah Alam, Selangor. Cawangan ini telah beroperasi di alamat 11-12-A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15, *0200 Shah Alam, Selangor

Pada tahun 2015, AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD, telah berjaya memperolehi Lesen Outbound daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.

Pada tahun 2016, AZ ZUHA mengembangkan lagi sayapnya dengan membuka cawangan ketiga di Alor Setar. Pada tahun ini juga AZ ZUHA telah berjaya mendapatkan Lesen Muassasah sendiri bersama AALA FOR UMRAH SERVICES. AZ ZUHA terus berkembang dengan menjadi rakan kerjasama KRS Travel dengan menyewakan khas penerbangan FLYNAS pada tahun yang sama. AZ ZUHA juga berjaya memajak Hotel Royel Orchid di Safwah Tower pada tahun ini

Pada tahun 2017, AZ ZUHA telah berjaya memperolehi Lesen Khas Umrah (LKU) AZ ZUHA telah memajak Hotel Safwah Dar Eiman untuk tempoh satu musim 1439H sehingga 1440H pada tahun ini.

Pada tahun 2018 ini, AZ ZUHA telah memanjak Hotel Royal Orchid di Safwah Tower. AZ ZUHA juga sangat komited dengan mengembangkan operasi syarikat dengan mewujudkan beberapa cawangan baru di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Bahru. Kesemua cawangan baru ini masih dalam proses kelulusan lesen daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.


Az Zuha Travel & Tours Sdn Bhd Business Information

Company Name

Az Zuha Travel & Tours Sdn Bhd

Company Type

-

Company Size

51-200

Industry

Travel / Tourism

Company SSM No

974805-M

Job Vacancies

0

Company Website

Az Zuha Travel & Tours Sdn Bhd Company Address

No.7, Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia