Back
IR GROUP SDN. BHD. banner company

IR GROUP SDN. BHD.

Company SSM No 915621-V · 1-50 Employees · Construction / Building

About IR GROUP SDN. BHD.

IR GROUP SDN BHD (IR) adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mula beroperasi pada 23 September 2010. Syarikat menjalankan perkhidmatan mencetak kain dan pakaian sukan dengan menggunakan teknik ‘dye sublimation’.

Khidmat ditawarkan kepada Majlis-majlis Sukan Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, butik-butik pakaian, pelajar-pelajar universiti, IPTA dan IPTS, kelab-kelab sukan dan persatuan sukan di Lembah Klang yang memerlukan khidmat mencetak dan menjahit pakaian sukan. Syarikat juga membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Lembah Klang dalam bidang seni fesyen bagi mencetak design ke atas fabrik. Syarikat mempunyai segala kelengkapan dan kepakaran dari segi peralatan dan mesin sendiri bagi mencetak kain ke atas fabrik bagi menampung permintaan tersebut. Syarikat mempunyai sebuah ‘Printer Sublimation’ bersaiz besar dan ‘Roller Press Machine’ yang mampu memenuhi kehendak pelanggan. 

Syarikat juga bekerjasama erat dengan pembekal-pembekal pewarna kain dan ‘sublimation paper’ terus dari luar negara bagi memastikan harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu bayar oleh para pelanggan. Kami juga mempunyai rakan strategik dengan kilang-kilang menjahit pakaian yang mana mampu menjahit produk pakaian sukan dalam kuantiti 1,000 helai sehari.

Bagi memudahkan urusan tempahan pelanggan, syarikat menyediakan khidmat kutipan dan penghantaran ‘Door to Door’ bagi produk yang hendak dicetak. Sementara itu, pihak pelanggan boleh menghantar design melalui email bagi mempercepatkan urusan cetakan. Syarikat juga menyediakan khidmat ‘Fast Print and Transfer Service’ yang mana para pelanggan boleh mendapatkan produk mereka dalam masa 1 jam dengan bayaran tambahan yang dikenakan amat berpatutan dan mampu bayar. Syarikat juga menyediakan khidmat merekacipta design oleh pakar-pakar dari syarikat kami dengan harga yang sangat berpatutan.

 

Syarikat juga membina ‘database’ bagi menyimpan rekod para pelanggan tetap dan ‘walk-in customer’ bagi membezakan harga diskaun kepada pelanggan. Bagi memudahkan cetakan semula di buat oleh pelanggan, pihak syarikat menyimpan dan merekodkan semua design yang pernah dicetak oleh syarikat. 


IR GROUP SDN. BHD. Business Information

Company Name

IR GROUP SDN. BHD.

Company Type

-

Company Size

1-50

Industry

Construction / Building

Company SSM No

915621-V

Job Vacancies

0

IR GROUP SDN. BHD. Company Address

NO 8 JALAN ONE INDUSTRIAL PARK 1, ONE INDUSTRIAL PARK, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR, Malaysia