Back
Lactancia banner company

Lactancia

Company SSM No 1156275-H · <50 Employees · Apparel

About Lactancia

Lactancia bermaksud penyusuan dalam bahasa Spanish. Kami merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah nama ZAZAZET RESOURCES SDN BHD yang beroperasi di Seri Bangi, Bandar Baru Bangi. Berpengalaman luas dalam industri baju menyusu serta sudah mula bertapak hampir 5 tahun lepas di bawah jenama ZADYA.

Kepakaran kami adalah menghasilkan pakaian khas menyusu bagi ibu-ibu muslimah terutamanya jubah dan blouse labuh. Antara aspek utama yang ditekankan ialah menutup aurat, sopan, serta selesa buat si ibu mahupun bayi mereka. Selain itu, kami juga sangat mementingkan pemilihan fabrik yang bermutu tinggi, jahitan yang kemas serta memenuhi citarasa semasa industri fesyen muslimah terkini. Istimewanya di Lactancia, kami hanya menfokuskan penghasilan pakaian khas menyusu inovasi SELAK dengan lapik aurat atau ‘inner cloth’ di bahagian dada supaya dapat melindungi aurat si ibu semaksima mungkin. Seterusnya, mereka tampil yakin bergaya seiring syariat sambil terus mengamalkan sunnah

penyusuan ibu selama 2 tahun seperti disarankan oleh Islam. Kami juga akan memastikan setiap rekaan kami adalah unik, cantik, serta tampil berlainan berbanding jenama lain. Ini adalah penting untuk memastikan setiap rekaan mampu memenuhi kehendak pasaran.

Lactancia Business Information

Company Name

Lactancia

Company Type

Small-Medium Enterprize

Company Size

<50

Industry

Apparel

Company SSM No

1156275-H

Job Vacancies

0

Company Website

Company Social Media

social media

Lactancia Company Address

No. 1-45, Tingkat 1 Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia