Ditubuhkan pada tahun 2002 oleh pasangan suami isteri Tn Hj Mohamad Zainuddin dan Hjh Umi Salamah. U Bestari bermula dengan hanya 30 pelajar dan sejak itu terus berkembang dan kini telah mendidik lebih daripada seribu lima ratus pelajar.
Visi kami adalah melahirkan anak-anak yang cinta Allah dan Rasul (Passionate for Allah & Rasul) dengan mencontohi kehidupan & akhlak mulia dan terpuji Nabi Muhammad SAW.
Kejayaan yang hakikat adalah apabila kita dapat membawa ketaatan yang sempurna kepada Allah swt dengan cara nabi saw, berjaya mendapat keredhaan Allah SWT dan akhirnya berkumpul di syurga Allah SWT. Kami ingin melihat setiap anak “U Bestari”mempunyai akhlak sehampir Rasullullah saw dan para sahabat.